Map rumah gua

Map rumah gua

Wednesday, April 27, 2011

Sejarah Dan Kegunaan Ayam Selasih/Cemani/Ayam Hitam



Sejarah dan Kegunaan Ayam selasih, Ayam selasih ataupun juga dikenali sebagai Ayam Cemani dikatakan berasal daripada Indonesia, iaitu daripada Pulau Jawa. Perkataan cemani berasal dari bahasa jawa kuno yang artinya Hitam Legam,warna hitam ini menyelimuti seluruh tubuh bermulai dari balung, gelambir, paruh, bola mata rongga mulut, lidah, bulu, sayap, ketiak, lubang dubur, kaki,dan kuku.

Konon ayam cemani ini memiliki warna hitam yang sangat sempurna dengan 100 % warna keseluruhan nya hitam, bahkan sampai warna daging tulang dan darahnya semuanya berwarna hitam, warna hitam menyelimuti seluruh tubuh dari bahagian luar, hingga bahagian dalam/jeroan nya, mulai dari tenggorokan, rongga mulut, lidah, semua nya hitam.Melihat dari kriteria dan ciri-ciri tersebut inilah yang dikatakan sebagai : “Ayam Cemani Asli” atau sering juga disebut dengan julukan (Hayam Hideung) kata orang Sunda.

Dulu nya asal usul ayam selasih / cemani ini adalah ayam kedu hitam, yang banyak dipelihara oleh masyarakat zaman dahulu di desa Kedu pada zaman Kerajaan Majapahit abad ke 19.

Ayam ini merupakan ayam yang sangat istimewa pada zaman tersebut, sehingga ayam ini sangat disukai dan menjadi peliharaan atau koleksi para bangsawan dan raja-raja sahaja pada zaman dahulu kala,………..Inilah yang membuatkan ayam ini menjadi sangat eksklusif, memiliki nilai pasaran yang tinggi kerana dikaitkan dengan golongan atasan.

Ayam Selasih /Cemani berasal dari Ayam keturunan kedu hitam, ia mempunyai keunikan pada balung tunggal berbentuk gerigi (bagi jantan). Ia cuba dibiakkan dari generasi ke generasi yang seterusnya dengan mengekalkan keunikannya. Namun begitu populasinnya semakin berkurang dan menyusut jika dibandingkan populasi Ayam selasih /Cemani 100 tahun yang lalu.

Hal inilah yang membuatkan Ayam Selasih/Cemani ini kini menjadi semakin kurang, dan sukar diperolehi, sehinggakan ayam ini menjadi banyak di buru dan di cari orang, hingga saat ini hanya segelintir orang saja yang memiliki nya,…

Mengapa Ayam Selasih/Cemani Banyak Diburu dan Dicari Orang,……??? Untuk Keperluan dan Kegunaan Apakah Ayam Selasih/Cemani ini,…???

1. Tujuan Pencarian Rezeki
Melihat dari keistimewaan dan keunikan ayam tersebut, beberapa kriteria yang tidak dimiliki ayam lain, sehingga Ayam Selasih/Cemani ini memiliki nilai dan kelas tersendiri, dengan tarafnya yang sangat istimewa, selain dariapada sebagai peliharaan peribadi atau koleksi, konon dengan memelihara ayam tersebut dapat mendatangkan banyak rezeki bagi yang memiliknya

2.Sebagai Syarat Keperluan Khadam dalam Ritual Ghaib
Ayam Selasih/Cemani banyak dicari orang sebagai syarat keperluan khadam dalam ritual ghaib seperti : ritual penggalian harta karun (sajen khodam) perubatan, rawatan bangunan, gedung, mall, plaza, hotel, toko, pejabat, rumah, dll, untuk rawatan pelaris perniagaan di kantin, toko, kios,pasar, dll. untuk ritual pembangunan projek-projek besar seperti : pembangunan jambatan, empangan, terowong, pembangunan jalan tol, terminal, pelabuhan serta projek-projek besar lain yang berhubungan dengan Alam. Selain itu Ayam Selasih/Cemani boleh juga di gunakan untuk rawatan syukuran bumi, laut, gunung/kawah, memandikan benda pusaka, serta buang sial, sulit jodoh, pemikat lawan jenis bagi seseorang,…

3. Memperolehi Ilmu Kesaktian
Dahulu kala Ayam Selasih/Cemani sering digunakan oleh para Raja, Jawara, ahli tarikat sebagai syarat sajian untuk penguasaan ilmu tertentu agar tercapai ilmu kesaktian-nya.Tapi sekarang ayam Selasih/Cemani sukar dicari….Boleh dikatakan Ayam Selasih/Cemani adalah Ayam termahal di dunia,

3. Berapa Harga Pasaran Ayam Selasih/Cemani,……???
Melihat semakin berkurang dan semakin langka nya ayam ini, dan sangat sulit dicari untuk mendapatkan nya, kerena hingga saat ini hanya segelintir orang saja yang memilikinya,…Itupun sebagian dari mereka (pemiliknya) tidak ingin menjualnya,Apalagi ayam ini semakin banyak dicari dan diperlukan banyak orang sebagai syarat/persyaratan untuk keperluan Hajat/kepentingan tertentu, maka Ayam Selasih/Cemani memiliki harga jual yang tinggi, ada yang menjual dengan harga
RM17, 000,-per/ekor hinggalah RM85 000,-per/ekor, bergantung sipemilik mau melepas harga tersebut,….

Namun setinggi apapun harga yang ditawarkan, tetap saja banyak orang yang berminat dan mampu berani membelinya, kerena sebanding dengan khasiat serta kegunaan nya, apalagi bagi orang-orang yang benar-benar sangat memerlukan-nya, seperti orang-orang yang sedang punya hajat/kepentingan tertentu, seperti pemburu harta karun, pengumpul barang2 antik,benda2 seni & pusaka, paranormal, pengusaha, pejabat, dll. Berapapun harga yang ditawarkan,……..?? tetap saja mereka berani beli.

Sumber : http://pakarbisnisonline.blogspot.com/2010/03/sejarahdankasiat-ayam-cemani.html

Monday, April 25, 2011

Misteri Ayam Selasih/Ayam Cemani/Ayam Hitam



Warna hitam legam menyelimuti seluruh bahagian tubuh ayam ini, mulai dari jengger, pial, paruh, bola mata, lidah, rongga mulut, bulu, lubang dubur, kaki, dan kuku. Ayam ini dikenal dengan nama ayam selasih.

Warna hitam legam pada ayam selasih memang menghadirkan kesan mistik dan misteri. Konon, ayam selasih ini sering dicari oleh orang-orang tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu. Menurut keterangan dari berbagai sumber, kononnya ayam selasih yang sempurna memiliki peratusan warna hitam 100 peratus sampai warna darah, daging dan tulang, namun sampai sekarang ini memang belum adanya selasih dengan warna hitam 100 peratus. Selagi warna hitam yang menyelimuti tubuh luar, lidah dan rongga mulut, maka ayam ini dikatakan ayam selasih yang sempurna.

Susuk tubuh ayam selasih memang mirip dengan ayam kampong atau ayam hutan. Ukuran tubuhnya sedikit lebih besar dibandingkan ayam kampung. Ayam selasih jantan dewasa, pada waktu berdiri normal mencapai tinggi sekitar 60cm dengan ukuran dada mencapai 34cm dan panjang sayap 25cm. Sedangkan ayam selasih betina dewasa lebih pendek dengan tinggi 50cm, ukur dada 27cm dan panjang sayap 21cm.

Harga jualan ayam selasih ini agak tinggi di sekitar nusantara. Ayam selasih yang baru berumur 1,5 bulan, dijual dengan harga sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 per ekor. Sedangkan ayam selasih muda (7- 8 bulan) dijual dengan harga RM 300.00 hingga RM 350.00 per ekor. Manakala ayam selasih dewasa boleh mencecah RM1000 ke atas. Harga ini hanyalah untuk ayam selasih yang darahnya belum terjamin seratus peratus hitam. Namun begitu bagi ayam selasih yang fizikal luarnya seratus peratus hitam dan darahnya juga hitam maka harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Ayam selasih jenis ini dipercayai mempunyai kelebihan tertentu dalam perubatan. Oleh itu, ia sukar dicari.

Sesungguhnya misterinya ayam selasih ini sering kali dikaitkan dengan hal-hal alam ghaib. Kerana sebahagian masyarakat menggunakan ayam berbulu serba hitam ini sebagai salah satu syarat pengubatan yang menggunakan khidmat ahli paranormal.

Sumber SOLOPOST Minggu 6 April 2008

Khasiat Ayam Selasih/Cemani/Ayam Hitam



Ayam hitam ni nama saintifik dia Gallus Gallus Domesticus juga dikenali sebagai ayam selasih atau ayam cemani atau ayam didik dikalangan masyarakat Melayu dan Indonesia (waah.. banyaknya nama).

Ayam hitam ni memang digunakan sebagai amalan perubatan tradisional orang Melayu, Indonesia dan Cina. Banyak khasiatnya ayam hitam atau ayam selasih ni untuk wanita terutama yang telah berkahwin dan melahirkan anak.

Perbezaan isi ayam selasih dan ayam biasa

Ayam hitam ni memang rupanya hitam legam. Bulu of course la hitam. Kulit, mata, paruh, kaki termasuklah daging dan tulang pun kehitaman jugak.

Kalau ayam hitam di Malaysia ni semuanya hitam termasuk bulu, tapi ayam hitam di China berbulu putih bak salji! Sebab tu ayam hitam ni jugak dikenali sebagai White Phoenix

Walaupun ayam hitam digunakan untuk mengubati masalah wanita seperti kitaran haid tidak tetap, senggugut, monopouse dan makanan dalam pantang selepas bersalin, namun ayam hitam ini banyak juga kegunaan lain.

Lain-lain khasiat ayam hitam ini jika dimasak dengan herba tertentu ialah :

Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
Melegakan migrain & angin dalam badan
Menguatkan hati & buah pinggang
Melegakan asma
Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
Menyelesaikan masalah buasir kecil
Menaikkan seri muka dengan mencantik, menegang & melicinkan kulit

Sumber http://littlemamadiary.com/herba-maharani-khasiat-ayam-hitam-ayam-selasih/

Thursday, April 7, 2011

Telur baka Chumphon

Tahukah anda ini telur apa, yang pasti bukan telur unta, buaya atau biawak. Inilah telur baka ayam chumphon yang di pesom dengan ibu baka Nakhon Si Thammarat dan baka tenpatan iaitu Kelantan. Hasilnya nantikan......

Ayam Chumphon (Ori Siam)

Ini merupakan peta wilayah Chumphon di Thailand



Ini induk terbaru dari Wilayah Chumphon Tahiland. Ayam ini pukul amat keras/kuat meletop beb. kategori yang boleh main ujung dan batang kaki, tapi kalau main ujung kejap je beb.


Skrg ini menjadi hobi terbaru saya dalam membuat pembiakan ayam sabung/laga pula.