Map rumah gua

Map rumah gua

Wednesday, December 16, 2009

Ayam Selasih Sutera (Bulu Hitam)

(Dah dijual pada 25/02/2010) Tanks pada Shawn.

Hah!..... ini ayam selasih sutera bulu hitam original. untuk dijual. harga mengikut bidaan tertinggi. hanya ada seekor sahaja







.

Tuesday, December 15, 2009

Pikat Tekukur

Antara pikat tekukur yang ada dalam simpanan, selain daripada bela ayam itik, saya juga bela burung untuk release tension. bawak pikat masuk hutan, hilang stress. menikmati keindahan alam la katakan. saya mengalu ngalukan jika ada pembaca yang mempunyai minat yang sama. saya ada pikat tekukur dan merbuk. kalau anda nak tau pikat merbuk yang power adalah daripada Perlis. orang la yang kata bukan saya.





Itik Peking


Ini merupakan itik Peking atau itik daging. beratnya boleh mencecah 3 Kg kalau cukup makan la. kata orang kalau kita bela itik ni ada dua petunjuk

Pertama : kalau itik gemuk maka tuannya kurus (itik makan kuat macam lembu)
Kedua : Itik kurus maka tuannya gemuk (itik tak cukup makan)

Itik Angsa Putih dan Kelabu

Ini antara koleksi itik angsa Kelabu dan Putih (Siamese Goose. Jenis kelabu ni senang di cari, tapi kalau yang jenis putih ni putus kasut la beb nak cari.




Ayam Piru, Belanda, Turkey

Buff Turkey

Ini koleksi ayam piru koko (Buff). hanya ada 3 ekor, dua betina satu jantan. bukan untuk dijual lagi sebab nak buat penetasan baka. susah nak dapat (putus kasut nak cari)





Ayam mutiara yang kat sebelah tu jenis Lavender. ha jenis ni pun susah nak cari, kategori putus kasut jugak la kalau nak cari.


Black Spanish, White Holland dan Royal Palm

Ini antara ayam piru yang ada di ladang saya. Terdiri daripada pelbagai baka yang top dan menjadi rebutan di pasaran, antaranya Black Spanish, Royal Palm, White Holland dan lain lain. Berat Black Spanish dewasa dikatakan mampu mencecah 15 Kg. Jadi sesuai untuk dijadikan induk. Kalau nak kena order lah (Untuk dijual).





Burung Budgie/ Serindit

Burung Budgie atau dikenali sebagai serindit di Kedah & Perlis ini terdiri daripada pelbagai warna. walaupun anda mula memelihara dengan sepasang burung yang berwarna putih, tapi anak anaknya akan jadi pelbagai warna. Jadi jangan risau tentang warnanya. Burung ini kini amat laris dipasaran. ianya amat cantik dipelihara untuk hiasan rumah atau lanskap taman.



Ayam Sabung/ Laga

Ini merupakan contoh ayam sabung. ayam sabung ni kita bela bukan untuk laga saja kawan kawan. ianya dibela untuk buat baka. kerana jenis ini ianya tahan penyakit, beratnya mak uih. so tak rugi kalau kita bela baka ni. dulu masa saya remaja, saya start bela ayam laga la. sekarang semua menatang saya bela kecuali yang haram.







SISIK AYAM SABUNG

Berikut merupakan antara koleksi sisik ayam yang ada dalam simpanan saya. tapi tolong jangan tanya jenis apa sisik ni, saya pun tak tau sangat. janji layann... je