Map rumah gua

Map rumah gua

Monday, April 25, 2011

Khasiat Ayam Selasih/Cemani/Ayam Hitam



Ayam hitam ni nama saintifik dia Gallus Gallus Domesticus juga dikenali sebagai ayam selasih atau ayam cemani atau ayam didik dikalangan masyarakat Melayu dan Indonesia (waah.. banyaknya nama).

Ayam hitam ni memang digunakan sebagai amalan perubatan tradisional orang Melayu, Indonesia dan Cina. Banyak khasiatnya ayam hitam atau ayam selasih ni untuk wanita terutama yang telah berkahwin dan melahirkan anak.

Perbezaan isi ayam selasih dan ayam biasa

Ayam hitam ni memang rupanya hitam legam. Bulu of course la hitam. Kulit, mata, paruh, kaki termasuklah daging dan tulang pun kehitaman jugak.

Kalau ayam hitam di Malaysia ni semuanya hitam termasuk bulu, tapi ayam hitam di China berbulu putih bak salji! Sebab tu ayam hitam ni jugak dikenali sebagai White Phoenix

Walaupun ayam hitam digunakan untuk mengubati masalah wanita seperti kitaran haid tidak tetap, senggugut, monopouse dan makanan dalam pantang selepas bersalin, namun ayam hitam ini banyak juga kegunaan lain.

Lain-lain khasiat ayam hitam ini jika dimasak dengan herba tertentu ialah :

Melancarkan peredaran darah seterusnya menghilangkan kelesuan
Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut
Melegakan migrain & angin dalam badan
Menguatkan hati & buah pinggang
Melegakan asma
Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis )
Menyelesaikan masalah buasir kecil
Menaikkan seri muka dengan mencantik, menegang & melicinkan kulit

Sumber http://littlemamadiary.com/herba-maharani-khasiat-ayam-hitam-ayam-selasih/

Thursday, April 7, 2011

Telur baka Chumphon

Tahukah anda ini telur apa, yang pasti bukan telur unta, buaya atau biawak. Inilah telur baka ayam chumphon yang di pesom dengan ibu baka Nakhon Si Thammarat dan baka tenpatan iaitu Kelantan. Hasilnya nantikan......

Ayam Chumphon (Ori Siam)

Ini merupakan peta wilayah Chumphon di Thailand



Ini induk terbaru dari Wilayah Chumphon Tahiland. Ayam ini pukul amat keras/kuat meletop beb. kategori yang boleh main ujung dan batang kaki, tapi kalau main ujung kejap je beb.


Skrg ini menjadi hobi terbaru saya dalam membuat pembiakan ayam sabung/laga pula.







Sunday, July 18, 2010

Anak ayam mutiara/api api untuk dijual

(Sold Out)

Terkini, terdapat 30 ekor anak ayam api api/mutiara untuk dijual. Jika berminat hubungi segera. Saiz anak ayam lebih kurang dalam gambar dibawah ye.

Tuesday, July 6, 2010

Ayam Piru Buff (koko) teruna dan dara untuk ditukar dengan anak muda merak @ jantan dewasa seekor

(Sudah Dapat, Settle)

06/07/2010
Salam...

kepada semua pelawat pelawat laman blog ini. Di sini saya ingin membuat tawaran bahawa saya mempunyai sepasang anak muda ayam piru koko(buff) berumur 7 bulan untuk ditukarkan dengan anak muda merak (Indian Peacock) tidak kira sebesar mana janji berumur sebulan dan ke atas atau pun dengan seekor jantan dewasa merak. Oleh itu, jika anda berminat bolehlah menghubungi saya dengan kadar yang segera ditalian 012-5818212.

19/07/2010
Terkini saya sudah pun membeli seeokor merak jantan dewasa. Oleh itu, tawaran ini masih terbuka untuk anak merak dan juga seekor merak betina dewasa pula.

Monday, March 1, 2010

Mesin Inkubator (Penetasan)

Ini adalah mesin penetasan ajaib yang saya gunakan memang power la. Member saya la punya.






Mesin ni kadar penetasannya tinggi 95% ke atas. Mesin penetasan ni, kalau kita nak pastikan kadar penetasannya tinggi , kita mesti golekkan telur tersebut 3 kali sehari setiap hari.

Saya dah cuba kalau kita golekkan telur sekurang kurangnya 3 kali sehari iaitu pagi sebelum pegi kerja, balik kerja dan sebelum tidur. Itu pun dah memadai, maka kadar penetasannya 99%. Saya juga pernah malas dan cuma golek telur sehari sekali, itupun kadar penetasan juga tinggi. memang power la mesin ni.

Wednesday, December 16, 2009

Ayam Selasih Sutera (Bulu Hitam)

(Dah dijual pada 25/02/2010) Tanks pada Shawn.

Hah!..... ini ayam selasih sutera bulu hitam original. untuk dijual. harga mengikut bidaan tertinggi. hanya ada seekor sahaja







.