Map rumah gua

Map rumah gua

Thursday, June 23, 2011

Ayam Sabung Kamji

Kamji yang berbulu kilat dan bertubuh sasa ini belum satu bulu lagi. Ia masih muda dan ganteng. Kini menjadi kegilaan ramai ayam ayam betina dirumahku. Hinggakan habis bulunya carik akibat ditarik oleh peminatnya. Pahlawan ini belum mempunyai rekod, tapi bapaknya sudah 5 X menang. Anda berminat hubungi saya segera.



Apa usha usha mau lawan ka? kalau tak ensem macam aku jangan nak mimpi la.

Tuesday, June 7, 2011

Denak/Pikat Merbok

Ini merupakan merbok kesayangan saya yang telah dibela selama 5 tahun. Suaranya kasar, goncang kelemboi, manaka kerak/derak pula ada kerak tandang dan kerak biasa.



Wah dia tengah kerak/derak sampai tertonggeng



alah malu malu pulak nak tunjuk muka

Peacock/Merak

Ini merupakan anak merak muda berumur 8 bulan yang diperolehi daripada anak saudara saya (Doli)di Kelantan. Anak muda ini dibeli ketika berumur 2 bulan. Kelebihan jika kita membeli anak merak muda ialah, ianya akan cepat manja dan jinak.



Tuesday, May 31, 2011

Ayam selasih, ayam hitam 31/05/2011

Ini merupakan ayam selasih, ayam hitam yang dicari cari selama ini dan menjadi kegilaan ramai. Berat mencecah hampir 1 kg. Ayam memang ada, wujud, buktinya lihat pada akhbar terkini. Kepada peminat atau pengumpul ayam selasih, anda perlulah hati hati kerana pada masa kini, ramai yang mendakwa mempunyai ayam ini. Bila kita bersungguh, bermacam alasan yang diberikan, bila kita sampai ketempat dia, rupanya hampeh belaka. Kalau tak bernasib baik duit pun hangus.

Tawaran ini hanya kepada serious buyer only. (Perkaitan antara darah hitam atau tidak, tidak akan dilayan) tawaran hanya kepada rupa bentuk fizikalnya sahaja buat ketika ini.





apa agaknya yang ditenung oleh ayam selasih ni. agaknya tekejut dengan kenaikan harga barang apa? Tak pa, harga aku pun boleh la tahan jugak, selaras dengan kenaikan harga minyak, gas, gula, dan elektrik he he.

Aik Salih Yaccob kau kawin empat ye, nasib baik aku hitam dan betina kalau tak aku pun kawin empat. Jangan marah ekk.

Monday, May 2, 2011

Ayam Selasih Sutera (Sold Out) 19/05/11

2/05/11 Jam 11.00 pm
Ini stok baru ayam selasih sesuai kepada penternak untuk buat baka atau koleksi. Stok adalah terhad.

Wednesday, April 27, 2011

Sejarah Dan Kegunaan Ayam Selasih/Cemani/Ayam Hitam



Sejarah dan Kegunaan Ayam selasih, Ayam selasih ataupun juga dikenali sebagai Ayam Cemani dikatakan berasal daripada Indonesia, iaitu daripada Pulau Jawa. Perkataan cemani berasal dari bahasa jawa kuno yang artinya Hitam Legam,warna hitam ini menyelimuti seluruh tubuh bermulai dari balung, gelambir, paruh, bola mata rongga mulut, lidah, bulu, sayap, ketiak, lubang dubur, kaki,dan kuku.

Konon ayam cemani ini memiliki warna hitam yang sangat sempurna dengan 100 % warna keseluruhan nya hitam, bahkan sampai warna daging tulang dan darahnya semuanya berwarna hitam, warna hitam menyelimuti seluruh tubuh dari bahagian luar, hingga bahagian dalam/jeroan nya, mulai dari tenggorokan, rongga mulut, lidah, semua nya hitam.Melihat dari kriteria dan ciri-ciri tersebut inilah yang dikatakan sebagai : “Ayam Cemani Asli” atau sering juga disebut dengan julukan (Hayam Hideung) kata orang Sunda.

Dulu nya asal usul ayam selasih / cemani ini adalah ayam kedu hitam, yang banyak dipelihara oleh masyarakat zaman dahulu di desa Kedu pada zaman Kerajaan Majapahit abad ke 19.

Ayam ini merupakan ayam yang sangat istimewa pada zaman tersebut, sehingga ayam ini sangat disukai dan menjadi peliharaan atau koleksi para bangsawan dan raja-raja sahaja pada zaman dahulu kala,………..Inilah yang membuatkan ayam ini menjadi sangat eksklusif, memiliki nilai pasaran yang tinggi kerana dikaitkan dengan golongan atasan.

Ayam Selasih /Cemani berasal dari Ayam keturunan kedu hitam, ia mempunyai keunikan pada balung tunggal berbentuk gerigi (bagi jantan). Ia cuba dibiakkan dari generasi ke generasi yang seterusnya dengan mengekalkan keunikannya. Namun begitu populasinnya semakin berkurang dan menyusut jika dibandingkan populasi Ayam selasih /Cemani 100 tahun yang lalu.

Hal inilah yang membuatkan Ayam Selasih/Cemani ini kini menjadi semakin kurang, dan sukar diperolehi, sehinggakan ayam ini menjadi banyak di buru dan di cari orang, hingga saat ini hanya segelintir orang saja yang memiliki nya,…

Mengapa Ayam Selasih/Cemani Banyak Diburu dan Dicari Orang,……??? Untuk Keperluan dan Kegunaan Apakah Ayam Selasih/Cemani ini,…???

1. Tujuan Pencarian Rezeki
Melihat dari keistimewaan dan keunikan ayam tersebut, beberapa kriteria yang tidak dimiliki ayam lain, sehingga Ayam Selasih/Cemani ini memiliki nilai dan kelas tersendiri, dengan tarafnya yang sangat istimewa, selain dariapada sebagai peliharaan peribadi atau koleksi, konon dengan memelihara ayam tersebut dapat mendatangkan banyak rezeki bagi yang memiliknya

2.Sebagai Syarat Keperluan Khadam dalam Ritual Ghaib
Ayam Selasih/Cemani banyak dicari orang sebagai syarat keperluan khadam dalam ritual ghaib seperti : ritual penggalian harta karun (sajen khodam) perubatan, rawatan bangunan, gedung, mall, plaza, hotel, toko, pejabat, rumah, dll, untuk rawatan pelaris perniagaan di kantin, toko, kios,pasar, dll. untuk ritual pembangunan projek-projek besar seperti : pembangunan jambatan, empangan, terowong, pembangunan jalan tol, terminal, pelabuhan serta projek-projek besar lain yang berhubungan dengan Alam. Selain itu Ayam Selasih/Cemani boleh juga di gunakan untuk rawatan syukuran bumi, laut, gunung/kawah, memandikan benda pusaka, serta buang sial, sulit jodoh, pemikat lawan jenis bagi seseorang,…

3. Memperolehi Ilmu Kesaktian
Dahulu kala Ayam Selasih/Cemani sering digunakan oleh para Raja, Jawara, ahli tarikat sebagai syarat sajian untuk penguasaan ilmu tertentu agar tercapai ilmu kesaktian-nya.Tapi sekarang ayam Selasih/Cemani sukar dicari….Boleh dikatakan Ayam Selasih/Cemani adalah Ayam termahal di dunia,

3. Berapa Harga Pasaran Ayam Selasih/Cemani,……???
Melihat semakin berkurang dan semakin langka nya ayam ini, dan sangat sulit dicari untuk mendapatkan nya, kerena hingga saat ini hanya segelintir orang saja yang memilikinya,…Itupun sebagian dari mereka (pemiliknya) tidak ingin menjualnya,Apalagi ayam ini semakin banyak dicari dan diperlukan banyak orang sebagai syarat/persyaratan untuk keperluan Hajat/kepentingan tertentu, maka Ayam Selasih/Cemani memiliki harga jual yang tinggi, ada yang menjual dengan harga
RM17, 000,-per/ekor hinggalah RM85 000,-per/ekor, bergantung sipemilik mau melepas harga tersebut,….

Namun setinggi apapun harga yang ditawarkan, tetap saja banyak orang yang berminat dan mampu berani membelinya, kerena sebanding dengan khasiat serta kegunaan nya, apalagi bagi orang-orang yang benar-benar sangat memerlukan-nya, seperti orang-orang yang sedang punya hajat/kepentingan tertentu, seperti pemburu harta karun, pengumpul barang2 antik,benda2 seni & pusaka, paranormal, pengusaha, pejabat, dll. Berapapun harga yang ditawarkan,……..?? tetap saja mereka berani beli.

Sumber : http://pakarbisnisonline.blogspot.com/2010/03/sejarahdankasiat-ayam-cemani.html

Monday, April 25, 2011

Misteri Ayam Selasih/Ayam Cemani/Ayam Hitam



Warna hitam legam menyelimuti seluruh bahagian tubuh ayam ini, mulai dari jengger, pial, paruh, bola mata, lidah, rongga mulut, bulu, lubang dubur, kaki, dan kuku. Ayam ini dikenal dengan nama ayam selasih.

Warna hitam legam pada ayam selasih memang menghadirkan kesan mistik dan misteri. Konon, ayam selasih ini sering dicari oleh orang-orang tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu. Menurut keterangan dari berbagai sumber, kononnya ayam selasih yang sempurna memiliki peratusan warna hitam 100 peratus sampai warna darah, daging dan tulang, namun sampai sekarang ini memang belum adanya selasih dengan warna hitam 100 peratus. Selagi warna hitam yang menyelimuti tubuh luar, lidah dan rongga mulut, maka ayam ini dikatakan ayam selasih yang sempurna.

Susuk tubuh ayam selasih memang mirip dengan ayam kampong atau ayam hutan. Ukuran tubuhnya sedikit lebih besar dibandingkan ayam kampung. Ayam selasih jantan dewasa, pada waktu berdiri normal mencapai tinggi sekitar 60cm dengan ukuran dada mencapai 34cm dan panjang sayap 25cm. Sedangkan ayam selasih betina dewasa lebih pendek dengan tinggi 50cm, ukur dada 27cm dan panjang sayap 21cm.

Harga jualan ayam selasih ini agak tinggi di sekitar nusantara. Ayam selasih yang baru berumur 1,5 bulan, dijual dengan harga sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 per ekor. Sedangkan ayam selasih muda (7- 8 bulan) dijual dengan harga RM 300.00 hingga RM 350.00 per ekor. Manakala ayam selasih dewasa boleh mencecah RM1000 ke atas. Harga ini hanyalah untuk ayam selasih yang darahnya belum terjamin seratus peratus hitam. Namun begitu bagi ayam selasih yang fizikal luarnya seratus peratus hitam dan darahnya juga hitam maka harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Ayam selasih jenis ini dipercayai mempunyai kelebihan tertentu dalam perubatan. Oleh itu, ia sukar dicari.

Sesungguhnya misterinya ayam selasih ini sering kali dikaitkan dengan hal-hal alam ghaib. Kerana sebahagian masyarakat menggunakan ayam berbulu serba hitam ini sebagai salah satu syarat pengubatan yang menggunakan khidmat ahli paranormal.

Sumber SOLOPOST Minggu 6 April 2008