(Dah dijual pada 25/02/2010) Tanks pada Shawn.
Hah!..... ini ayam selasih sutera bulu hitam original. untuk dijual. harga mengikut bidaan tertinggi. hanya ada seekor sahaja
Wednesday, December 16, 2009
Tuesday, December 15, 2009
Pikat Tekukur
Antara pikat tekukur yang ada dalam simpanan, selain daripada bela ayam itik, saya juga bela burung untuk release tension. bawak pikat masuk hutan, hilang stress. menikmati keindahan alam la katakan. saya mengalu ngalukan jika ada pembaca yang mempunyai minat yang sama. saya ada pikat tekukur dan merbuk. kalau anda nak tau pikat merbuk yang power adalah daripada Perlis. orang la yang kata bukan saya.
Itik Peking
Itik Angsa Putih dan Kelabu
Ayam Piru, Belanda, Turkey
Buff Turkey
Ini koleksi ayam piru koko (Buff). hanya ada 3 ekor, dua betina satu jantan. bukan untuk dijual lagi sebab nak buat penetasan baka. susah nak dapat (putus kasut nak cari)
Ini koleksi ayam piru koko (Buff). hanya ada 3 ekor, dua betina satu jantan. bukan untuk dijual lagi sebab nak buat penetasan baka. susah nak dapat (putus kasut nak cari)
Ayam mutiara yang kat sebelah tu jenis Lavender. ha jenis ni pun susah nak cari, kategori putus kasut jugak la kalau nak cari.
Black Spanish, White Holland dan Royal Palm
Ini antara ayam piru yang ada di ladang saya. Terdiri daripada pelbagai baka yang top dan menjadi rebutan di pasaran, antaranya Black Spanish, Royal Palm, White Holland dan lain lain. Berat Black Spanish dewasa dikatakan mampu mencecah 15 Kg. Jadi sesuai untuk dijadikan induk. Kalau nak kena order lah (Untuk dijual).
Burung Budgie/ Serindit
Burung Budgie atau dikenali sebagai serindit di Kedah & Perlis ini terdiri daripada pelbagai warna. walaupun anda mula memelihara dengan sepasang burung yang berwarna putih, tapi anak anaknya akan jadi pelbagai warna. Jadi jangan risau tentang warnanya. Burung ini kini amat laris dipasaran. ianya amat cantik dipelihara untuk hiasan rumah atau lanskap taman.
Ayam Sabung/ Laga
Ini merupakan contoh ayam sabung. ayam sabung ni kita bela bukan untuk laga saja kawan kawan. ianya dibela untuk buat baka. kerana jenis ini ianya tahan penyakit, beratnya mak uih. so tak rugi kalau kita bela baka ni. dulu masa saya remaja, saya start bela ayam laga la. sekarang semua menatang saya bela kecuali yang haram.
SISIK AYAM SABUNG
Berikut merupakan antara koleksi sisik ayam yang ada dalam simpanan saya. tapi tolong jangan tanya jenis apa sisik ni, saya pun tak tau sangat. janji layann... je
SISIK AYAM SABUNG
Berikut merupakan antara koleksi sisik ayam yang ada dalam simpanan saya. tapi tolong jangan tanya jenis apa sisik ni, saya pun tak tau sangat. janji layann... je
Subscribe to:
Posts (Atom)