Map rumah gua

Map rumah gua

Monday, April 25, 2011

Misteri Ayam Selasih/Ayam Cemani/Ayam Hitam



Warna hitam legam menyelimuti seluruh bahagian tubuh ayam ini, mulai dari jengger, pial, paruh, bola mata, lidah, rongga mulut, bulu, lubang dubur, kaki, dan kuku. Ayam ini dikenal dengan nama ayam selasih.

Warna hitam legam pada ayam selasih memang menghadirkan kesan mistik dan misteri. Konon, ayam selasih ini sering dicari oleh orang-orang tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu. Menurut keterangan dari berbagai sumber, kononnya ayam selasih yang sempurna memiliki peratusan warna hitam 100 peratus sampai warna darah, daging dan tulang, namun sampai sekarang ini memang belum adanya selasih dengan warna hitam 100 peratus. Selagi warna hitam yang menyelimuti tubuh luar, lidah dan rongga mulut, maka ayam ini dikatakan ayam selasih yang sempurna.

Susuk tubuh ayam selasih memang mirip dengan ayam kampong atau ayam hutan. Ukuran tubuhnya sedikit lebih besar dibandingkan ayam kampung. Ayam selasih jantan dewasa, pada waktu berdiri normal mencapai tinggi sekitar 60cm dengan ukuran dada mencapai 34cm dan panjang sayap 25cm. Sedangkan ayam selasih betina dewasa lebih pendek dengan tinggi 50cm, ukur dada 27cm dan panjang sayap 21cm.

Harga jualan ayam selasih ini agak tinggi di sekitar nusantara. Ayam selasih yang baru berumur 1,5 bulan, dijual dengan harga sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 per ekor. Sedangkan ayam selasih muda (7- 8 bulan) dijual dengan harga RM 300.00 hingga RM 350.00 per ekor. Manakala ayam selasih dewasa boleh mencecah RM1000 ke atas. Harga ini hanyalah untuk ayam selasih yang darahnya belum terjamin seratus peratus hitam. Namun begitu bagi ayam selasih yang fizikal luarnya seratus peratus hitam dan darahnya juga hitam maka harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Ayam selasih jenis ini dipercayai mempunyai kelebihan tertentu dalam perubatan. Oleh itu, ia sukar dicari.

Sesungguhnya misterinya ayam selasih ini sering kali dikaitkan dengan hal-hal alam ghaib. Kerana sebahagian masyarakat menggunakan ayam berbulu serba hitam ini sebagai salah satu syarat pengubatan yang menggunakan khidmat ahli paranormal.

Sumber SOLOPOST Minggu 6 April 2008

4 comments: